Assalamualaikum
Apa buat tu? Mengelamun kah? Tengok Tv kah? Makan kah? Kenapa daaaa semua ada kah.. Hehehe.. boleh je la ya.. Macam ni la, bila anak3 dah tido baru lah dapat bersiaran di sini, Kalau tak, mama itu, mama ini, mama sana, mama sini.. Yang si kembar semakin besar semakin ligat,, ada saja akal diorang ni,, al maklum nama nya pun kembar,, apa yang dibuat mesti berdua.. kadang tu naik pening mama ni hah. Nak marah pun masing nanti senyum buat muka tak bersalah.. tak pun lari nyorok bila mama dah start panggil nama penuh masing3 siap dengan bin sekali.. Hah time tu semua larikan diri sambil gelak besar.. Sabo kannn.. Anak..Anak.. macam-macam gelagat..
Tapi it la suka duka bergelar ibu. Rezeki Allah yang tidak ternilai, Walau di bayar dengan nilai wang yang paling tinggi, anak3 tidak akan sesekali saya lepaskan. Syukran..
Orait,, Lately ni tengah hot pasal Steam Buttercream. Tekstur dia macam fondant.. tapi actually dari buttercream.. Nana pun masih lagi belajar teknik yg sesuai dengan nana. Lain orang lain car walau pun sama resipinya.. Resipi @ Teknik kali ni nana kongsikan dari Juicy Cafe. Tq kak Shuhairi sentiada diberkati Allah .. Seorang insan yang tidak lokek berkongsi ilmu.. Sangat-sangat mengkagumi beliau.. kalau free2 you olls pun boleh jengah2. Memang superb tuan punya blog ni...
STEAM BUTTERCREAM
Ihsan Dari : Kak Shuhairi Juicy Cafe
Bahan2..
500 gm krimwell
250 gm shortening
50 gm butter
250 gm gula aising - ayakkan
Cara2nya..
1. Satukan semua bahan2 dalam mixer, pukul selama 7 minit atau sehingga sebati.
2. Pastikan semua bahan2 sama rata.
3. Boleh di tambah pewarna atau perasa.
1. letak kek atas redai, lapik talam di bawah redai, sapu nipis buttercream tadi pada kek..macam nih laa..nipis2 sudah yaa..nih pun tebal nih..pastu kat tepi2 bucu kek tu tekan2kan sikit, bior nanti senang buttercream tu nak turun..nih chocolate moist kek..resepi klik SINIII yaaa..
2. panaskan 2 cawan air dalam kuali sehingga mendidih..air biar cket aja yaa x payah banyak2..
3. air dah didihh, apinyaa keciiiikkkkkkann tauuu!!! api palinggggg kecikkkk..
4. tuang buttercream yang di pukul tadi dalam besen, jangan lak guna besen yang korang selalu rendam2 kain tu, kang xtau la jadi hape hehehhe..dan jangan guna bekas stainless steel..pastu guna spatula yang besar..ini lebih senang berbanding spatula kecil..letak besen dalam kuali, gaul buttercream dalam 1-2 minit atau sehingga buttercream nampak macam nak cair di hujung besen..buttercream nih mesti sentiasa kacau tauu..masa dah buat nih, jangan lak kalu tepon berbunyi korang angkat lak..kang x jadi hape kang..lantakkan aje tepon tu yaa..yang ade anak kecik, biorkan anak tido baru buat tau, kalu anak x nak tido suh orang rumah jaga..x pun korang buat la pagi2 subuh2 hehehhe..
5. pastu angkat besen keluar dari kuali, gaul lagi tanpa henti dalam lebih kurang 1-2 minit jugak sehingga buttercream yang nampak hampir cair tadi jadi likat semula, bawah besen tu lapikkan kain yaa, supaya nanti bile dah siap selesai stim dan nak tuang pada kek, lebihan air yang ade kat bawah besen tu tidak leeerr terkena pada kek..kemudian letakkan besen buttercream dalam kuali semula dan ikuti langkah2 seperti nombor 4 dan nombor 5..ulangi banyak kali..banyak kali tu, naik turun naik turun kuali, lebih kurang dalam 15-20 minit jugak laa..sampai adunan jadi macam gambar bawah..memang berpoloh2 dennn di buatnyaa..
6. ulangi banyak kali sehingga laa buttercream tu jadi macam nih tau, kalu x jadik macam nih..korang buat sampai jadi jugak..iaitu bile kita angkat spatula, buttercream jadi laju menurun, tidak cair dan tidak pekat..yang sedang sedangg sajaaaa hehehe..
7. dah siap kacau tadi..cepat2 tuang semua buttercream atas kek yang dah siap sedia di sebelah kuali..kemudian cepat2 hentak2kan talam supaya buttercream turun ke seluruh bahagian kek..jangan pulak korang hentak2 sampai talam tu pecah pulak yaa hahhahah..
8. bile dah di hentak2kan tadi, buttercream akan jadi licin macam nih..jangan sentuh tauuu..pastu angkat redai dan letak atas talam yang lain, kemudian biarkan kering dalam 1 jam..nak letak depan kipas bule..ikut suka..asalkan biarkan kering cket sebelum nak deco..pastu buttercream yang lebih2 tadi tu bule di simpan dalam fridge dan bule di gunakan semula, cuma buat cara2 nombor 4 dan 5 semula..kalu rase nak buang..gasak korang laa..hehehehe..
9. bule alihkan kek menggunakan penyodok nih yaa..jangan saspen2..redahhh ajeee..i lebih suke guna kaedah nih daripada nak lap2 papan kek tuh..banyak kejeee..eeeeee memang x sukaaa..
10. terus alihkan atas papan kek nih..haaaa kan senanggg..pastu deco la nak deco ape pun yaaa..kalu ade cacat2 tu jangan risau..nanti pandai2 laa korang cover line yaa hehehhe..
Bahan2 buttercream bunga..
300 gm shortening
350 gm gula aising - ayakkan
Cara2nya..
1. Satukan shortening dan gula aising dalam mangkuk, gaul dengan menggunakan senduk kayu sahaja.
2. Jangan gaul lama2, cukup setakat adunan sebati, kalu gaul lama2 nanti adunan jadi lembik.
3. Bule tambahkan pewarna atau perasa jika suka.
Interested to order any bakery/crafting 4 any occasions.simply buzz me.
follow me at:-
1.Facebook: https://www.facebook.com/LitlMissPink
3.Instagram:- @litlmisspink
interested pm me at 012 6486367
tqtqtq& keep supporting me.
No comments:
Post a Comment