Assalamualaikum
Bertemu lagi kita hari ni ya u olls. How are u all doin today? How's your day goin today? Ok ke K.O? hehehe.. apa pun keadaan, kita harus menerima dengan tabah, sabar & tenang ya. Yang kerja tu, elok-elok la ya. Jangan la pulak nanti orang cakap asyik curi tulang. Biarkan orang nak kata apa, yang penting kita ikhlas ya.. Allah itu maha mengetahui.. Yang tengah bercuti.. selamat bercuti. Apa plan? Jgn lupa isikan masa itu dengan perkara-perkara yang berguna..baik & informatif..
Ok hari ni kita nak cerita & berkongsi resipi yang best sangat-sangat ni. Resipi sama lebih kurang macam Trio Marble Cake. Tapi ada perubahan resipi yanng saya olah sendiri untuk mendapatkan tekstur & rasa yang WOW ! .. hehe.. Hah.. Gempak kan.. Before saya proceed, saya nk share kan info sikit perbezaan antara MENTEGA, BUTTER & MARGERIN. Ramai orang masih lagi confuse tentang perbezaan ketiga-tiga item ini. Ada yang kata, " Eh ,sama je la " , " Alah,,tak de beza pun. Mana-mana pun boley guna" ..Salah ya u olls.. Ada perbezaan antara MENTEGA, BUTTER & MARGERIN. Info saya kongsi dari SINI. Banyak lagi info yang boley ada dapat dari Blog ni.. Sila2 lah ke sana ya.. : http://penyapu-terbang.blogspot.com/
Mentega
Berasal dari lemak haiwan. Mentega yang dibuat dari lemak haiwan biasanya mengandung lebih banyak lemak jenuh a.k.a saturated fats (66%) dibanding lemak tak jenuh a.ka unsaturated fats-nya (34%). Lemak jenuh ini biasanya berhubungan dengan tingginya kadar kolesterol dalam tubuh. Mentega biasanya mengandung vitamin A, D, protein dan karbohidrat.
Margarine
Margarin berasal lemak tumbuh-tumbuhan. Margarine dibuat dari minyak tumbuh-tumbuhan yang di hydrogenasi (atom hidrogen ditambahkan ke minyak). Dalam proses tersebut biasanya juga akan terjadi perubahan struktur beberapa polyunsaturated fatty acids (asam lemak tak jenuh) menjadi "trans fatty acids". Menurut para peneliti, "trans fetty acids" ini aksinya mirip sekali dengan lemak jenuh/saturated fats.
Dikatakan mungkin trans fetty acids ini memiliki kemungkinkan terhadap kontribusi di kejadian tekanan darah tinggi dan heart disease. Para peneliti biasanya memberikan tips agar memilih produk margarin yang lebih lembut dan konsistensinya mirip sekali dengan liquid. Dengan memilih produk margarin seperti ini diharapkan kandungan trans fetty acids-nya dapat diminimalisir. Margarin biasanya diperkaya dengan vitamin A dan beberapa vegetables oil adalah sumber vitamin E.
Butter
Butter berasal dari cream (susu). Biasanya kandungannya hanya cream dan salt (untuk salted butter). Kerana bahan dasarnya cream, maka bila disimpan lama di suhu ruang akan lumer.Semua jenis fat baik dari mentega, margarin mahupun butter biasanya tetap didefinisikan sebagai produk berkalori tinggi. Kerana dianjurkan untuk seminimal mungkin dikonsumsi. Beberapa produsen margarin dan butter juga ada yang memodifikasi sedemikian rupa sehingga tercipta produk yang agak "rendah kalori".
Hah..kan?!? Syukur..kita dapat menambahkan ilmu hari ni. Ok Jom tengok resipi.kita hari ni..
Kek Butter @ Pure Butter Cake
Bahan-bahan:-
Bahan-bahan:-
300gm butter ( Saya guna Anchor Unsalted. Apa saja Butter mengikut kemampuan ; ) )
3 Cawan tepung naik sendiri+ 1 sdt double action Baking Powder- di ayak
1 1/2 cawan gula kastor (Boley Kurangkan)
1/4 cawan susu pekat manis (Lebih Kurang 3-4 Sudu Makan)
5 biji telur
1sdb Ovellette
100ml Gliserin@Susu Cair@Susu Segar
sedikit esen vanila. (Saya Letak 1 sdt Vanilla Esen & 2 sdb Vanilla Powder)
Cara-cara:-
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170-185 deg . Bergantung kepada oven anda. (Saya guna suhu 175/180 darjah celcius)
2. Dalam satu bekas bersih & kering A, Putarkan gula kastor, ovellette sehinga sebati. Kemudian masukkan telur, pukul sehingga gebu&kembang berwarna putih (macam adunan nak buat bahulu). Lebih Kurang 10 minit.Ketepikan
3. Dalam satu bekas lain,bersih & kering B, pukul butter sehingga sedikit kembang. kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar sehingga sebati. Bila da sebati, masukkan adunan A ke dalam B. Putar sehingga sebati.Masukkan Gliserin@Susu Cair@Susu Segar & Ovellette, Gaul lagi sehingga sebati. Adunan mestila tida terlalu pekat & tidak terlalu cair.
4. Masukkan ke dalam loyang yang telah bergris mentega dan dialas kertas baking. Saya gunakan loyang petak atau bulat 8x8 inch atau 9x9inch.
5. Bakar selama lebih kurang 45-50 minit. Depends pada oven masing2. Cucuk dengan lidi di tengah kek, jika bersih, dah masak lah tu.. ; )
6. Keluarkan dari loyang dan rehat kan di atas redai kek. Sejukkan.
8. Siap boley la hias..
Or if u alls interested to order any bakery/crafting for any occasions..just simply buzz me k..
follow me at:-
1.Facebook: https://www.facebook.com/LitlMissPink
3.Instagram:- @litlmisspink
interested pm me at 012 6486367
tqtqtq& keep supporting me.
tqtqtq& keep supporting me.
No comments:
Post a Comment