Sunday, 30 March 2014

Resipi Kek Tiramisu @ Tiramisu Cake

Assalamualaikum
Sihat ke semua hari ni? Cuaca dah mula panas & bahang kan.. Jangan lupa ya minum banyak air ya.. to avoid dehydration. Nanti takut-takut sakit pulak.. Bahaya kan.. Pekerjaan seharian boleh terganggu. Apa-apa pun..jaga kesihatan ok u olls.. ; )

Siapa suka minum kopi? tak kisah la apa perisa pun..original ke.. mocha ke..cappuccino ke..mix ke..asal kan coffee.. Suami saya suka.. Sunnah Nabi.. Tapi bagi yang ada diabetes/kencing manis/darah tinggi atau yang sewaktu dengan nya.. kalau boleh, kurang-kurangkan lah ya.. Hehe..

Saya kurang gemar dengan kopi.. Kalau setakat nak rasa-rasa tu boleh la.. Paling favourite Horlick la.. Bagi yang menyusu badan, boleh la minum horlick. bagus.. dapat menambah kan susu badan. Anak pun kenyang. Cubalah..Alhamdulillah.. tiga-tiga anak saya menyusu badan. 

Hari ni saya nak berkongsi resipi lagi. Sejak pregnant kan anak yg kembar ni la saya minat memasak.. ber'baking'.. kalau tak sebelum ni nak masuk dapur pun pening dengan bau.. Alhamdulillah..anak sulung dulu saya ber'Crafting"..yang kembar saya ber'baking', Inilah rezeki yang Allah kurniakan pada saya.. syukur..

Ok..Jom tengok resipi kali ni. Resipi Tiramisu Kek @ Tiramisu Cake. Resipi kali ni saya kongsikan dari Blog Kak Nor. Seorang Blogger yanng best sgt.. dia bercerita seolah kita ada dengan dia. Beliau tidak lokek ilmu nak berkongsi resipi..Salute.. Ok jom terjah.. Hehehe...

for full resipi boleh la drop kat sini ya..



KEK TIRAMISU
Resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 bj kek sponge 8"
200 ml non dairy whipping cream
250 gm cream cheese
20 gm gula castor
100 gm plain yogurt
1 sudu besar gelatin + 3 sudu air panas mendidih ~ kacau dan biarkan gelatin kembang
1 sudu besar instat coffee (nescafe) + 1 cawan air panas ~ dibancuh 
serbuk koko
strawberi utk hiasan

Cara:
Potong kek sponge kepada dua atau tiga lapisan/layer.
Ketepikan.
Pukul whipping cream hingga kental kemudian masukkan dlm peti ais.
Pukul cream cheese dengan gula hingga gebu dan masukkan yogurt dan bancuhan gelatin
Pukul hingga sebati.
Keluarkan whipped cream tadi dan masukkan 1/3 darinya ke dalam adunan cream cheese.
Gaul dgn hand wisk atau spatula perlahan2 hingga sebati (jgn gunakan mixer utk elakkan whipped cream menjadi overbeat)
Masukkan baki whipped cream dan gaul lg hingga sebati.

Cara assemble Kek Tiramisu:
Renjiskan air bancuhan kopi serata pd lapisan kek yg pertama.
Letakkan secukupnya bancuhan cheese dan ratakan.
Ulangkan pada lapisan kek yg seterusnya hingga habis.
Tuangkan lebihan keju hingga menutupi keseluruhan kek dan kemaskan. (hias mengikut kreativiti masing2)
Simpan dlm peti ais lebih kurang 3 - 4 jam.

Untuk hiasan:
Ayak serbuk koko menggunakan penapis teh/kopi pada atas kek dan susun buah strawberi.
Sedia utk dihidangkan...





Or if u alls interested to order any bakery/crafting for any occasions..just simply buzz me k..
follow me at:-

3.Instagram:- @litlmisspink
interested pm me at 012 6486367
tqtqtq& keep supporting me.



Wednesday, 26 March 2014

Resipi Kek Butter @ Pure Butter Cake Recipe

Assalamualaikum
Bertemu lagi kita hari ni ya u olls. How are u all doin today? How's your day goin today? Ok ke K.O? hehehe.. apa pun keadaan, kita harus menerima dengan tabah, sabar & tenang ya. Yang kerja tu, elok-elok la ya. Jangan la pulak nanti orang cakap asyik curi tulang. Biarkan orang nak kata apa, yang penting kita ikhlas ya.. Allah itu maha mengetahui.. Yang tengah bercuti.. selamat bercuti. Apa plan? Jgn lupa isikan masa itu dengan perkara-perkara yang berguna..baik & informatif..

Ok hari ni kita nak cerita & berkongsi resipi yang best sangat-sangat ni. Resipi sama lebih kurang macam Trio Marble Cake. Tapi ada perubahan resipi yanng saya olah sendiri untuk mendapatkan tekstur & rasa yang WOW ! .. hehe.. Hah.. Gempak kan.. Before saya proceed, saya nk share kan info sikit perbezaan antara MENTEGA, BUTTER & MARGERIN. Ramai orang masih lagi confuse tentang perbezaan ketiga-tiga item ini. Ada yang kata, " Eh ,sama je la " , " Alah,,tak de beza pun. Mana-mana pun boley guna" ..Salah ya u olls.. Ada perbezaan antara MENTEGA, BUTTER & MARGERIN. Info saya kongsi dari SINI. Banyak lagi info yang boley ada dapat dari Blog ni.. Sila2 lah ke sana ya.. : http://penyapu-terbang.blogspot.com/


Mentega

Berasal dari lemak haiwan. Mentega yang dibuat dari lemak haiwan biasanya mengandung lebih banyak lemak jenuh a.k.a saturated fats (66%) dibanding lemak tak jenuh a.ka unsaturated fats-nya (34%). Lemak jenuh ini biasanya berhubungan dengan tingginya kadar kolesterol dalam tubuh. Mentega biasanya mengandung vitamin A, D, protein dan karbohidrat.

Margarine


Margarin berasal lemak tumbuh-tumbuhan. Margarine dibuat dari minyak tumbuh-tumbuhan yang di hydrogenasi (atom hidrogen ditambahkan ke minyak). Dalam proses tersebut biasanya juga akan terjadi perubahan struktur beberapa polyunsaturated fatty acids (asam lemak tak jenuh) menjadi "trans fatty acids". Menurut para peneliti, "trans fetty acids" ini aksinya mirip sekali dengan lemak jenuh/saturated fats.
 Dikatakan mungkin trans fetty acids ini memiliki kemungkinkan terhadap kontribusi di kejadian tekanan darah tinggi dan heart disease. Para peneliti biasanya memberikan tips agar memilih produk margarin yang lebih lembut dan konsistensinya mirip sekali dengan liquid. Dengan memilih produk margarin seperti ini diharapkan kandungan trans fetty acids-nya dapat diminimalisir. Margarin biasanya diperkaya dengan vitamin A dan beberapa vegetables oil adalah sumber vitamin E.


Butter 


Butter berasal dari cream (susu). Biasanya kandungannya hanya cream dan salt (untuk salted butter). Kerana bahan dasarnya cream, maka bila disimpan lama di suhu ruang akan lumer.Semua jenis fat baik dari mentega, margarin mahupun butter biasanya tetap didefinisikan sebagai produk berkalori tinggi. Kerana dianjurkan untuk seminimal mungkin dikonsumsi. Beberapa produsen margarin dan butter juga ada yang memodifikasi sedemikian rupa sehingga tercipta produk yang agak "rendah kalori".



Hah..kan?!? Syukur..kita dapat menambahkan ilmu hari ni. Ok Jom tengok resipi.kita hari ni..


Kek Butter @ Pure Butter Cake

Bahan-bahan:-
300gm butter ( Saya guna Anchor Unsalted. Apa saja Butter mengikut kemampuan ; ) )
3 Cawan tepung naik sendiri+ 1 sdt double action Baking Powder- di ayak
1 1/2 cawan gula kastor (Boley Kurangkan)
1/4 cawan susu pekat manis (Lebih Kurang 3-4 Sudu Makan)
5 biji telur
1sdb Ovellette
100ml Gliserin@Susu Cair@Susu Segar 
sedikit esen vanila. (Saya Letak 1 sdt Vanilla Esen & 2 sdb Vanilla Powder)


Cara-cara:-

1. Panaskan ketuhar pada suhu 170-185 deg . Bergantung kepada oven anda. (Saya guna suhu 175/180 darjah celcius)

2. Dalam satu bekas bersih & kering A, Putarkan gula kastor, ovellette sehinga sebati. Kemudian masukkan telur, pukul sehingga gebu&kembang berwarna putih (macam adunan nak buat bahulu). Lebih Kurang 10 minit.Ketepikan

3. Dalam satu bekas lain,bersih & kering B, pukul butter sehingga sedikit kembang. kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar sehingga sebati. Bila da sebati, masukkan adunan A ke dalam B. Putar sehingga sebati.Masukkan Gliserin@Susu Cair@Susu Segar & Ovellette, Gaul lagi sehingga sebati. Adunan mestila tida terlalu pekat & tidak terlalu cair.

4. Masukkan ke dalam loyang yang telah bergris mentega dan dialas kertas baking. Saya gunakan loyang petak atau bulat 8x8 inch atau 9x9inch.

5. Bakar selama lebih kurang 45-50 minit. Depends pada oven masing2. Cucuk dengan lidi di tengah kek, jika bersih, dah masak lah tu.. ; )

6. Keluarkan dari loyang dan rehat kan di atas redai kek. Sejukkan. 



8. Siap boley la hias..



                            

Or if u alls interested to order any bakery/crafting for any occasions..just simply buzz me k..
follow me at:-

3.Instagram:- @litlmisspink
interested pm me at 012 6486367
tqtqtq& keep supporting me.




tqtqtq& keep supporting me.









Resipi Trio Moist Marble Kek

Assalamualaikum 

Tiba-tiba macam kurang sihat pulak malam ni. Letih sungguh. Cuaca agak bahang malam ni. Anak- anak semua dah tido.. Alhamdulillah..memang kadang2 tu stress jugak tapi di sebalik nya sgt sayang dengan keletah anak-anak. Bila makin besar makin rindu keletah masa kecik. Yang sorang nak itu.. yang sorang nak ini.. yg sorang lagi abis asyik menyakat adik2 dia. Hakikatnya mereka lah yang mampu membuat saya tak keruan sepanjang hari. 

Tengah duk nak lena ni, tiba-tiba terngiang-ngiang nak makan kek marble. Hah.. ni lah nak share. resipi kali ni saya kongsi dari Mat Gebu. Seorang lagi idola dalam bidang masakan. Sangat suka personaliti beliau. Tidak lokek untuk berkongsi ilmu. Resipi kali ni TRIO MOIST MARBLE CAKE. Hah..dengar pun saya dah terliur. Memang sedap. Mudah sangat resipi ni. Dah banyak kali buat...memang resipi ni tak pernah mengecewakan saya. Terima kasih Mat Gebu. Untuk Orinal page boley la refer to: http://www.tiffinbiru.com 



Hah..jom..kita check out resipinya.. mesti kena cuba u olls.. RUgi woooo kalo tak cuba.. Ready..Steady.. Go.. !!!


 KEK TRIO MARBLE MOIST 
Oleh: Mat Gebu 

 BAHAN-BAHANNYA : 300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap) 280 g tepung gandum* 1 camca besar susu tepung* 1 camca teh baking powder* (*digaul rata dan ayak) 5 biji telur gred A 1 camca besar ovallate 250 g gula halus 30 g gliserin* 20 ml air*(*disatukan) 1 1/2 camca teh coklat emulco 1 camca teh strawberry emulco 1 /2 camca teh rose essence


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).
  4. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.

Full Resipi Boleh la refer  SINI
















Or if u alls interested to order any bakery/crafting for any occasions..just simply buzz me k..
follow me at:-

3.Instagram:- @litlmisspink
interested pm me at 012 6486367
tqtqtq& keep supporting me.




tqtqtq& keep supporting me.





Tuesday, 25 March 2014

Resipi Oreo Chilled Cheese Cake

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. sihat hari  ni.. u olls? sihat? semoga sentiasa sihat di berkati Allah...Amin.. Cuaca agak bahang hari ni. Panas..Tak apalah, panas di dunia sahaja.. semoga akhirat kita dijauhi panas api neraka..nauzubillah..sama-samalah kita berdoa ya..

Sempena hari yag panas ni..tiba-tiba2 tekak terasa nak buat kek yg tak payah nak di bake2.. Kita chilled pulak. Hehehe.. macam-macam... Sedap.. Oreo Chilled Cheese Cake...yum yum yum... belum buat dah terliur. Macam biasalah .. resepi kali ni juga dari blog Kak Azlita ; http://www.azlitamasammanis.com/. Saya memang suka cuba resipi kak ita... Senang & mudah dan of coz.. sedapppppp.. tak rugi mencuba.

Ada juga cuba resipi dari lain-lain Blog.. tapi tak berkenan di hati.. boley gitu.. boleyyy jeee kan...Hehehe.. Kek ni kak ita buat dalam glass. Jadi napak menarik la kan. Bagi yang nak buat saiz besar, Saya sertakan resipi Olahan Saya sendiri. Alhamdulillah,,sedap jugak.. ( masuk bakul angkat sendiri) .. hahahaha... Ye la siapa yang nak puji saya kalau bukan diri sendiri.. But still saya masih lagi learning itu ini.. and hope one day will be a better baker than today.. So, JOM..Selamat Mencuba.. !!




Chilled Oreo Cheese In Glass

Adaptasi dari resipi : CHILLED BLUEBERRY YOGHURT CHEESE CAKE

By : Zack Zachoes
Source : http://www.azlitamasammanis.com/

Biskut oreo secukupnya - dipatah2kan

Buah kiwi/strawberry/blueberry/apa2 yg disukai
225g cream cheese - suhu bilik
125g whipping cream, pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak)

137g atau 1 bekas yoghurt 

30g gula kastor


Sediakan cup atau gelas kecil
Patah-patahkan oreo dan letakkan didasarnya ~ ketepikan


Pukul whipping cream hingga kental (soft peak) ~ ketepikan
Dalam bekas lain pukul cream cheese dan gula kastor  hingga sebati
Tambahkan yogurt dan gaul hingga sebati
Perlahan-lahan masukkan whipping cream dan kaup balik adunan hingga rata
Tuangkan adunan ke dalam gelas yang berisi oreo tadi
Susun pula buah-buah yg disukai
Masukkan semula adunan dan selang selikan dengan oreo
Sejukkan dalam peti ais






Chilled Oreo CheeseCake

By : Nur Liyanna Pinklish
Source: http://pinlishshoppe.blogspot.com



Hiasan;
Biskut Oreo Secukupya
Buah2an apa2 yang disukai


Bahan2;
Biskut oreo secukupnya ~ hacurkan kasar/halus ikut suka


300gm Cream Cheese Suhu Bilik
150gm Whip Cream @ Fresh Cream-pukul hingga kental/gebu/bertanduk
137g atau 1 bekas yoghurt
2sdb Halal Gelatin - dibacuh dengan air panas sehingga kembang
(ikut suka, tak pakai pun tak apa)
75ml Susu Segar
2sdb Susu Pekat Manis
Sediakan loyang 8x8 @ 9x9 inch ( di sarankan guna yang spring foam)







Cairkan Mentega, kemudian gaulkan oreo yang di hancurkan tadi dengan mentega cair sehingga sebati. letakka di dlam loyang sebagai dasarnya, ketepikan & sejukkan.


Bekas A : Pukul whipping cream hingga kental ~ ketepikan

Bekas B : pukul cream cheese hingga kembang & lembut
Tambahkan yogurt dan gaul hingga sebati
Perlahan-lahan masukkan whipping cream dan pukul hingga sebati.
masukkan gelatin,susu segar,susu pekat gaul sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi oreo tadi.
Masukkan adunan di selang selikan dengan oreo.
Sejukkan dalam peti ais.
(sekurang2nya 3-4 jam)










Or if u alls interested to order any bakery/crafting for any occasions..just simply buzz me k..
follow me at:-

3.Instagram:- @litlmisspink
interested pm me at 012 6486367
tqtqtq& keep supporting me.



tqtqtq& keep supporting me.



Monday, 24 March 2014

Resipi Chocolate Ganace Cake @ Kek Coklat Moist

Assalamualaikum
Hari yang indah..kurang sihat sikit ni..tapi masih ku gagah untuk berkongi Resipi Chocolate Ganace Cake @ Kek Coklat Moist. Kek yang sejak dulu menjadi kesukaan ramai orang baik kanak2 atau dewasa. Old timer la orang kata kan..My personal favourite as well. Kek ni kalo buat mg lagi cepat licin. Lagi kalau ruma ada anak kecik..xsempat nk sejukkan .. dah nak potong..hai..hehehehe..

As usual, saya masih mengkagumi idola saya dalam dunia membaking. Resipi kali ini juga dari Blog Kak Ita.

http://www.azlitamasammanis.com/ Version KUKUS
 http://www.tiffinbiru.com Version BAKAR

Tq Kak Ita Kerana berkongsi. Tapi Resipi Saya ada olah ikut citarasa saya. Belum buat pun da terliur. Apa lagi bila makan. Memang sedap. Anak saya memang tak suka makan kek..tapi anak2 sedara saya suma hantu coklat, Pernah kami ada family day, saya buat coklat kek, belum siap, tenga salut kek, datang ramai anak2 sedara serbu..mak ngah..sedappppp nyeee..sorang cuit sini..sorang cuit
sana..hai..pengsan..hehehe..budak2..macam tu la..seronok tengok diorang.. Hah..jom kita start baking. selamat mencuba !! ; )


(Version KUKUS/Steamed)
KEK CHOC MOIST 
Source: http://www.azlitamasammanis.com/
bhn2 A:
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair... (ita guna susu choc UHT)
1 cwn susu pekat
1 cwn myak msk..
*semua bhn d'atas gaul sebati n msk atas api perlahan.
*rehat kejap bila bhn dh sebati.

bhn2 B:
tepung gandum 3/4 cwn
soda bicarbonat 1 sudu kcil(sudu kfc)
baking powder 1 sudu kcil (sudu kfc)
*semua bhn nih ayak k..bhn C: telur 4 bj (blender jer)
Cara-Cara;
satu kan bhn B dan C kedlm Bhn A....secara berselang seli n gaul ngan senduk jer...bila dh sebati....taruk jer dlm loyang yg dsapu myk....n kukus dlm 30 -45 minit (b'gantung saiz loyang)...klu nk test cucuk ngan lidi klu x melekat kira msk le...

*p/s...loyang 2 kena panaskan dl sblm mskkan adunan kek td..

(Version BAKAR/Baked)
KEK CHOC MOIST 
By: Datin Jun
Source: http://www.tiffinbiru.com
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula perang (soft brown sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)

BAHAN COKLAT GANACHE ;
200 g coklat masakkan
150 ml UHT Whipping Cream (boleg ganti dengan susu 100 ml susu cair)
1 camca teh mentega

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula perang hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...
  5. UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata dab boleh tuang atas kek coklat tadi. Biar coklat sedikit mengeras dan boleh hias ikut kreativiti anda




Gambar contoh Dari Blog Kak Ita:


Or if u alls interested to order any bakery/crafting for any occasions..just simply buzz me k..
follow me at:-

3.Instagram:- @litlmisspink
interested pm me at 012 6486367
tqtqtq& keep supporting me.



tqtqtq& keep supporting me.